facebook

FAQ

faq-img

Siapakah Pengendali Makanan ?

Menurut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; Pengendali Makanan” termasuklah mana-mana orang yang

  1. terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan
  2. menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan
  3. mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,

… di dalam mana-mana premis makanan.

Secara ringkasnya mana-mana individu yang terlibat dalam industri makanan samada secara terus di premis atau secara home based termasuk chef, tukang masak, pembantu tukang masak, pembuat air, pelayan restoran, penjaja, guru taska yang menyediakan makanan, penjual makanan, penghantar makanan termasuk peniaga makanan dan minuman dari rumah adalah tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Apa Tanggungjawab Pengendali Makanan?

Menurut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; Pengendali Makanan wajib melakukan 3 perkara berikut:

  1. Mendapatkan suntikan pelalian Anti-Tifoid / Typhoid setiap 3 tahun
  2. Menghadiri Kursus Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil dari SPLM yang diiktiraf KKM
  3. Melakukan pemeriksaan kesihatan daripada pengamal perubatan bertauliah

Apa Tujuan Kursus Pengendali Makanan?

Tujuan program Kursus Pengendali Makanan atau Food Handler Training  ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan kepada pengguna. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) juga memperkenalkan kursus ini bagi memastikan sistem penghasilan dan penjualan makanan di Malaysia adalah terkawal dan teratur bagi mengawal dan mengelakkan berlakunya wabak dan jangkitan bawaan makanan yang boleh merisikokan kesihatan pengguna.

Tindakan mewajibkan Kursus Pengendali Makanan ini adalah tepat agar kepentingan pengguna terjamin dan terpelihara dari penipuan peniaga yang tidak peka dan bertanggungjawab. Kebanyakan peniaga home based masih ramai yang belum mempunyai kesedaran untuk menghadiri kursus ini akibat kurang pengetahuan atau menganggap remeh kerana tiada pemantauan dari pihak berkuasa.

Apa Objektif Kursus Pengendali Makanan?

Menjelang akhir kursus ini, peserta dapat :

  1. Memahami tentang amalan prinsip asas kebersihan makanan dari diri pengendali makanan, peralatan dan premis
  2. Mempelajari cara penyediaan makanan secara bersih, teratur dan sistematik
  3. Mengetahui cara penyimpanan bahan mentah, makanan sedia dimakan dan makanan yang telah dimasak dengan betul serta suhu penyimpanan yang sesuai
  4. Mengenalpasti kesalahan yang biasa dilakukan semasa penyediaan makanan
  5. Mengetahui bagaimana makanan boleh menyebabkan penyakit atau reaksi alergi
  6. Mempelajari nama-nama bakteria dan kuman yang boleh merosakkan makanan
  7. Mengenalpasti faktor-faktor kritikal keracunan makanan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengawalnya

Apakah Yang Akan Dipelajari Dalam Kursus Pengendali Makanan?

Program ini mengandungi informasi yang akan mengajar atau mengulangi prinsip pengendalian makanan yang betul kepada peserta. Modul yang dibentangkan di dalam sesi kursus yang dibangunkan oleh pihak KKM merangkumi  4 topik utama iaitu

  1. Pengenalan
  2. Kebersihan Makanan
  3. Keselamatan Makanan
  4. Faktor-faktor kritikal keracunan makanan.

Berapa Lama Tempoh Menghadiri Kursus Pengendali Makanan?

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan bahawa peserta wajib memenuhi syarat kursus selama tidak kurang 3 jam bagi membolehkan peserta memiliki Sijil Pengendali Makanan dan ditauliahkan sebagai Pengendali Makanan Kompeten.

Berapa Harga Kursus Pengendali Makanan?

Yuran hanya serendah RM50 sahaja. Yuran ini juga ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun pihak sekolah boleh mengenakan lain-lain kos yang dirasakan sesuai seperti kos penghantaran sijil, kos pentadbiran, kos perjalanan (untuk kursus secara in-house) dan lain-lain. Sila berhubung dengan pihak sekolah latihan yang dipilih untuk maklumat lanjut.

Di Mana Nak Dapatkan Sijil Pengendali Makanan ?

Pihak KKM telah menswastakan kursus ini dan melantik beberapa syarikat swasta untuk membantu menganjurkan kursus bagi memudahkan peserta berurusan dan menghadiri kursus. Peserta boleh mendapatkan Sijil Pengendali Makanan dari mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang terdekat dengan lokasi peserta. SLPM ini akan sentiasa dipantau dan diaudit bagi memastikan kualiti pembelajaran selaras dengan mutu yang ditetapkan, maka perlu diingatkan bahawa peserta mestilah memilih sekolah yang diiktiraf dan mempunyai lesen yang SAH dari KKM sahaja.

Senarai SLPM yang diiktiraf boleh di dapati di laman rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan , KKM. Sijil Pengendali Makanan yang dikeluarkan oleh SLPM yang diiktiraf ini adalah  SAH dan boleh digunapakai di mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Sijil Pengendali Makanan ini wajib ada untuk tujuan permohonan lesen premis perniagaan dari pihak PBT seluruh Malaysia.

Bagaimanakah Cara Mendapatkan Sijil Pengendali Makanan ?

Setelah memilih sekolah latihan yang diiktiraf oleh KKM, peserta boleh terus menghubungi koordinator SLPM bagi mendapatkan maklumat berkenaan tarikh, masa dan tempat kursus dijalankan.

Berikut kami kongsikan cara mudah mendaftar Kursus Pengendali Makanan anjuran SLPM Bersih Berseri

  1. Daftar melalui website kami dan pilih tarikh serta masa dari jadual kursus di SINI atau boleh terus menghubungi kami melalui whatsapp dengan memberikan maklumat seperti Nama, No Kad Pengenalan / Passport dan No Telefon di 019-3811891 atau 012-6675833
  2. Buat bayaran terus melalui website, transfer account atau melalui ATM Transfer sebanyak RM50 (tidak termasuk kos penghantaran sijil untuk kursus secara online)
  3. Pendaftaran selesai. Peserta akan memerima email atau whatsapp pengesahan pendaftaran
  4. Bersedia pada hari kursus. Jika memilih kursus secara online, sila pastikan handphone peserta telah di muat naik / install dengan aplikasi Google Meet
  5. Hadiri kursus secara fizikal atau online selama 3 jam

faq-2

Cara Mendapatkan Sijil Pengendali Makanan oleh SLPM Bersih Berseri

DAFTAR SEKARANG KLIK DISINI

Bagaimana Kursus Pengendali Makanan Secara Online Dikendalikan Oleh SLPM Bersih Berseri ?

Kursus Pengendali Makanan secara Online mula diperkenalkan pada bulan April 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengawal dan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 yang melanda negara. Ini adalah langkah bijak pihak Kementerian bagi memudahkan peserta mendapatkan sijil tanpa perlu bersusah-susah ke kelas.  Boleh dapatkan sijil hanya dari rumah. Jimat masa dan tenaga

Kursus Pengendali Makanan secara Online oleh SLPM Bersih Berseri ini akan disampaikan secara “Live“ menerusi platform Google Meet Online. Anda boleh akses kursus secara Online menggunakan laptop, desktop, tablet atau smartphone (Android, iOS) di mana-mana sahaja.

Anda boleh gunakan fungsi ‘chat’ atau on microphone untuk berinteraksi semasa kursus berlangsung.

Syarat untuk lulus dan layak mendapatkan sijil, anda perlu patuhi peraturan kursus online iaitu:

✔️ Sentiasa ‘on camera’ dan berada di hadapan kamera sepanjang kursus 3 jam

✔️ Fahami modul kursus dan lulus ujian PRA, POS dan Kuiz Online

Lebih daripada 99% orang yang mengambil kursus ini lulus dengan jayanya!

Setelah berjaya menyelesaikan kursus dan ujian, pihak kami akan email sijil softcopy  kepada semua peserta yang layak dalam masa 1 jam selepas kursus dan sijil original akan di pos menggunakan khidmat J&T dalam tempoh 2 hari. Sijil original boleh juga di ambil di premis kami sejurus selepas kursus sehingga 7 hari selepas kursus.

DAFTAR SEKARANG KLIK DISINI

Bagaimana Cara Mendapatkan Sijil Pengendali Makanan Yang Hilang ?

Tempoh sah sijil adalah SEUMUR HIDUP dan TIADA TARIKH LUPUT. Disebabkan Sijil Pengendali Makanan ini sah seumur hidup, peserta perlu menjaga sijil ini dengan baik tanpa menyebabkan ia hilang. Sijil ini akan diminta oleh pihak penguatkuasa untuk tujuan verifikasi setiap kali pemeriksaan premis dijalankan.

Sekiranya didapati sijil telah hilang atau rosak peserta boleh menghubungi semula pihak sekolah latihan yang dihadiri sebelum ini dan dapatkan gantian sijil. Setiap sekolah latihan mempunyai proses dan prosedur yang berbeza untuk permohonan gantian sijil.

Kos gantian sijil bergantung kepada pihak sekolah latihan masing-masing. Walaubagaimanapun kami amat menggalakkan peserta untuk hadiri semula kursus ini untuk refresh semula ilmu demi kebaikan perniagaan peserta. 

Apakah Kesan Jika Gagal Memiliki Sijil Pengendali Makanan ?

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pihak Pihak Berkuasa Tempatan kebiasaannya akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala ke atas semua premis makanan di kawasan pentadbiran mereka bagi memastikan kepatuhan ke atas Akta dan Peraturan yang telah ditetapkan. 

Pihak penguatkuasaan mempunyai hak dan kuasa untuk mengeluarkan  kompaun kepada individu dan syarikat yang gagal mematuhi Akta dan Peraturan tersebut. Sekiranya didapati Pengendali Makanan gagal mengemukakan bukti berikut:

  1. Sijil Pengendali Makanan
  2. Suntikan Anti-Tifoid / Typhoid

Kompaun akan dikeluarkan ke atas individu atau pemilik premis tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM10,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.

Selain itu, sekiranya didapati premis dalam keadaan kotor dan tidak memuaskan, premis perniagaan akan di sita dan diberi arahan untuk menutup perniagaan selama tempoh 14 hari atau sehingga selesai aktiviti pembersihan dijalankan.

Jadi, pilihan di tangan anda! Pastikan kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa menjadi keutamaan dalam perniagaan anda.

DAFTAR SEKARANG KLIK DISINI

Nota: Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi atau whatapp kami untuk mendapatkan penjelasan di 019-3811891 atau 012-6675833

Hubungi Kami

Alamat

BERSIH BERSERI © 2023 | ALL RIGHTS RESERVED

DESIGN WEB399

X