facebook

Kewajipan Mendapatkan Sijil Pengendalian Makanan

Di Malaysia, terdapat beberapa Akta dan Peraturan utama berkaitan Industri Makanan iaitu
  • Akta Makanan 1983
  • Peraturan Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985)
  • Peraturan Peraturan (Peluasan Pemakaian Akta Makanan 1983 bagi Tembakau dan Lain-lain) Makanan 1993
  • Peraturan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
  • Peraturan Peraturan Makanan (Notis di Bawah Seksyen 32B) 2007
  • Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009)
  • Peraturan Peraturan Iradiasi Makanan 2011

Akta dan Peraturan ini sentiasa menjadi sumber rujukan dalam penguatkuasaan perundangan industri makanan. Akta dan Peraturan ini digubal bagi melindungi hak orang awam daripada penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kewajipan menghadiri sesi kursus pengendali makanan bagi mendapatkan sijil pengendalian makanan adalah tertakluk dibawah PPKM 2009. Kegagalan pengendali makanan mematuhi syarat ini sekiranya di dapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 tahun atau denda RM10,000 atau keduanya sekali.

Peserta yang berminat untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan boleh menghubungi mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang terdekat dengan lokasi peserta. Senarai SLPM yang diiktiraf boleh di dapati di laman rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan , KKM. SLPM ini akan sentiasa dipantau dan diaudit bagi memastikan kualiti pembelajaran selaras dengan mutu yang ditetapkan, maka perlu diingatkan bahawa peserta mestilah memilih sekolah yang diiktiraf dan mempunyai lesen yang SAH dari KKM sahaja.Sijil kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh SLPM yang diiktiraf ini adalah  SAH dan boleh digunapakai di mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak tanpa tempoh luput. Sijil pengendali makanan akan dikeluarkan sejurus tamat sesi kursus. Untuk sesi kursus secara online, peserta akan menerima sijil digital pdf secara email dan sijil yang asli atau original akan di pos terus ke alamat peserta.

Jika anda ingin mendapatkan lesen perniagaan untuk premis makanan dari mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia,  sijil pengendalian makanan ini wajib ada kerana ia adalah syarat utama selain daripada suntikan typhoid.

Dewasa kini, kebanyakan premis makanan terutamanya sektor perkilangan, restoran dan kedai makan menggajikan warga asing dalam aktiviti penyediaan makanan terutamanya memasak dan penyediakan makanan sehinggalah kepada penghidangan makanan kepada para pelanggan. Warga asing ini juga tertakluk dibawah PPKM 2009 dan WAJIB menghadiri kursus pengendali makanan dan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan kerana mereka perlu dilatih tentang teknik pengendalian makanan yang lebih bersih dan selamat.

Pengendali makanan perlu hadir kursus pengendalian makanan sekali seumur hidup dan sijil kursus pengendalian makanan yang berjaya diperolehi tiada tempoh tamat. Namun jika pengendali makanan di dapati bersalah melanggar Akta atau Peraturan yang termaktub ketika pemeriksaan premis oleh pihak berkuasa, sijil pengendalian makanan individu tersebut akan TERBATAL dan peserta perlu hadir semula sesi kursus pengendali makanan sekali lagi.

Jadilah pengendali makanan yang bertanggungjawab. Sediakan makanan yang bersih, selamat dan sedap untuk para pelanggan anda.

Hubungi Kami

Alamat

BERSIH BERSERI © 2023 | ALL RIGHTS RESERVED

DESIGN WEB399

X