SLPM Bersih Berseri telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2006 sebagai salah sebuah sekolah latihan untuk menjalankan kursus pengendali makanan di Malaysia.
SLPM Bersih Berseri menyediakan sijil kursus pengendali makanan yang diiktiraf serta sah digunakan di seluruh Malaysia. Kursus dijalankan secara interaktif, santai dan menghiburkan! Menyediakan modul latihan pembelajaran yang berkualiti dan mudah difahami untuk setiap peringkat umur dan tahap pendidikan. Dapatkan sijil pengendali makanan anda hari ini!
Sijil 100% diiktiraf KKM
Sijil tiada tamat tempoh dan sah seumur hidup
Yuran serendah RM50 seorang
Kursus 3 jam sahaja
Sijil diperakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Seluruh Malaysia, Sabah & Serawak
Pilihan kursus secara online atau on-site (ditempat pelanggan)
Sijil dapat segera boleh dipos cepat
Anda akan menerima sijil pengendali makanan selepas anda melengkapkan sekurang-kurangnya 3 jam sesi kursus pengendali makanan anjuran pihak kami. Pihak berkuasa tempatan setiap negeri mensyaratkan kesemua pekerja dalam industri perkhidmatan makanan untuk mendapatkan sijil pengendali makanan yang sah.
Sebaik sahaja anda menamatkan sesi kursus bertauliah KKM kami, anda layak memperolehi sijil digital yang akan di email sebaik sahaja tamat sesi kursus dan sijil original anda akan di pos untuk simpanan bagi tujuan verifikasi kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Pengendali makanan ialah pekerja perkhidmatan makanan yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan, menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan dan mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus atau perkakas dalam mana-mana premis makanan. Kebanyakan pekerja dalam industri perkhidmatan makanan mesti melengkapkan sesi kursus pengendali makanan sekaligus melayakkannya memperoleh sijil pengendali makanan yang sah.
Antara pekerjaan yang memerlukan sijil pengendali makanan yang sah termasuk:
Untuk mendapatkan sijil pengendali makanan, anda mesti menunjukkan kefahaman anda tentang perkara asas tentang kebersihan dan keselamatan makanan yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.
Modul kursus pengendali makanan kami merangkumi pelbagai topik keselamatan makanan, termasuk:
Penguasaan topik ini akan memastikan anda layak untuk mengendalikan makanan dengan selamat bagi mencegah penyebaran bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan.
Anda hanya perlu capaian internet yang stabil dan telefon bimbit atau komputer anda untuk hadir kursus ni!
Belajar dari mana-mana tanpa perlu hadir ke pusat Latihan. Pilihan berbaloi tanpa perlu mengeluarkan belanja minyak kereta, tol dan parking untuk ke pusat Latihan dan tidak terdedah kepada risiko jangkitan penyakit.
Sesi secara online sangat interaktif. Peserta mempunyai lebih peluang untuk bertukar pendapat dan mendapatkan penerangan yang jelas daripada tenaga pengajar yang berpengalaman.
BERSIH BERSERI © 2022 | ALL RIGHTS RESERVED
DESIGN WEB399