facebook

Tingkatkan Keyakinan Pelanggan Dengan Menghadiri Latihan Pengendali Makanan

Zaman teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) telah semakin pesat membangun terutamanya selepas tahun 2020 ketika pandemik global virus Covid-19 melanda dunia. Masyarakat terpaksa duduk rumah dan mengaplikasikan teknologi sepenuhnya dalam urusan seharian. Pelajar sekolah, golongan pekerja, peniaga, suri rumah menggunakan teknologi untuk menyelesaikan urusan seharian. Rangkuman berita semuanya dihujung jari.

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat ini, pihak Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membenarkan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf untuk menganjurkan sesi latihan pengendali makanan secara dalam talian (online). Ramai peserta telah menyambut baik keputusan dari pihak KKM ini terutamanya suri rumah yang mempunyai kekangan untuk menghadiri sesi latihan pengendali makanan secara fizikal.  Ini terbukti dengan peningkatan mendadak bilangan pengendali makanan yang menghadiri kursus dan terlatih kesan dari promosi besar-besaran di media sosial. Peniaga makanan home-based semakin ramai yang mula sedar tentang kepentingan menghadiri latihan pengendali makanan demi memastikan makanan atau minuman yang mereka jual kepada pelanggan adalah bebas dari sebarang faktor yang boleh mencemarkan produk mereka.

Dalam sesi latihan pengendali makanan, pengendali makanan akan didedahkan dengan pengetahuan tentang 3 prinsip asas kebersihan makanan iaitu kebersihan diri, kebersihan peralatan dan premis. Selain itu peserta juga akan mempelajari  tentang cara penyediaan makanan yang bersih dan selamat, cara mengelakkan cross-contamination , cara penyimpanan makanan yang betul, teknik pencegahan keracunan makanan dan juga kenalpasti kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengendali makanan ketika penyediaan makanan.

Pengendali makanan wajib menghadiri sesi kursus selama 3 jam dan tidak boleh kurang dari itu. Setiap peserta akan diberikan 2 kali ujian iaitu ujian PRA sebelum sesi kursus bermula dan ujian POS selepas tamat sesi kursus. Ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman setiap peserta sebelum dan selepas tamat sesi latihan pengendali makanan. Untuk sesi latihan secara online, tambahan soalan kuiz akan diberikan sebagai pengukuhan menguji kefahaman peserta.

Setiap pengendali makanan perlulah sentiasa mengamalkan tahap amalan kebersihan dan keselamatan yang baik bagi mengelakkan daripada kecuaian dan sekali gus boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan. Bagi meningkatkan amalan kebersihan dan keselamatan makan ini, pengendali makanan perlu sentiasa didedahkan dengan ilmu pengetahuan melalui kursus dan seminar. Dengan adanya ilmu dan pengetahuan yang tinggi tentang kebersihan dan keselamatan, peniaga akan dapat menghasilkan makanan yang bukan sahaja selamat dan berkualiti tetapi akan dapat menambat kepercayaan pelanggan untuk yakin membeli tanpa ragu-ragu.

Hubungi Kami

Alamat

BERSIH BERSERI © 2023 | ALL RIGHTS RESERVED

DESIGN WEB399

X