facebook

Proses Dan Cara Mendapatkan Sijil Kursus Pengendalian Makanan Yang Diiktiraf Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Bersi

Tujuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) mewajibkan setiap Pengendali Makanan untuk mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan ini adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang awam demi memastikan sistem penghasilan dan penjualan makanan di Malaysia adalah terkawal dan teratur bagi mengawal dan mengelakkan berlakunya wabak dan jangkitan bawaan makanan yang boleh merisikokan kesihatan pengguna. Usaha ini sejajar dengan aspirasi negara untuk menaik taraf mutu dan kualiti makanan yang dijual di negara ini.

Apakah Syarat Untuk Memohon Sijil Kursus Pengendalian Makanan?

Sijil kursus pengendalian makanan ini adalah sijil yang paling asas perlu dimiliki oleh mereka yang ingin melibatkan diri dalam industri makanan. Pensijilan ini terbuka untuk semua individu yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam penghasilan dan pembuatan makanan dan minuman yang bertujuan untuk dijual kepada orang ramai. Tiada syarat khusus untuk memohon sijil kursus pengendalian makanan. Semua peserta warganegara Malaysia dan bukan warganegara WAJIB menghadiri kursus pengendalian makanan dan memiliki sijil kursus pengendalian makanan ini.

Bagaimana Cara Memohon Sijil Kursus Pengendalian Makanan ?

Peserta yang berminat untuk mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan perlu membuat permohonan pendaftaran kepada Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh pihak BKKM. Senarai penuh sekolah latihan pengendali makanan yang diiktiraf boleh didapati di laman sesawang rasmi pihak BKKM atau boleh disemak melalui laman FoSIM (www.fosim.moh.gov.my).

Setelah memilih sekolah latihan yang diiktiraf, peserta boleh terus menghubungi wakil koordinator dan memberikan maklumat peserta. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti, Nama, No Kad Pengenalan / Passport , No Telefon serta tarikh dan masa sesi kursus. Sila pastikan sesi yang dipilih peserta adalah tepat dan peserta perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 3 jam menghadiri sesi kursus pengendalian makanan bagi melayakkannya memperolehi sijil kursus pengendalian makanan.

Berapakah Bayaran Bagi Permohonan Sijil Kursus Pengendalian Makanan ?

Bayaran rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak BKKM adalah sebanyak RM50 untuk setiap peserta. Namun begitu, lain-lain kos mungkin akan dicaj oleh pihak sekolah latihan seperti kos pentadbiran, kos makan/minum, kos pos sijil dan sebagainya. Peserta boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak sekolah latihan yang dipilih.

Proses Permohonan Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Carta Proses permohonan pensijilan Sijil Kursus Pengendali Makanan

Semak Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Yang Diiktiraf

Hubungi koordinator SLPM yang dipilih

Berikan maklumat peserta dan pilih sesi kursus, tarikh dan masa yang besesuaian

Buat bayaran untuk tempah sesi kursus

Bersedia untuk menghadiri sesi Kursus Pengendalian Makanan

Hadir Kursus Pengendalian Makanan selama 3 jam

Lulus Ujian PRA dan POS

Peserta layak memperolehi Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang SAH

 

Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Peserta yang berjaya lulus dan memperolehi sijil kursus pengendalian makanan ini boleh menggunakan sijil ini untuk seumur hidup dan terpakai di mana-mana sahaja kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia. Namun begitu, sijil kursus pengendalian makanan boleh terbatal jika pengendali makanan didapati membuat pelanggaran sebarang Akta atau Peraturan yang termaktub di dalam undang-undang sedia ada.

Pembatalan Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Pengiktirafan Sijil Kursus Pengendalian Makanan kepada peserta boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya peserta atau seseorang pengendali makanan didapati  melakukan pelanggaran Akta dan Peraturan seperti berikut antaranya:

  1. Keadaan kebersihan diri, peralatan dan premis makanan yang kotor serta tidak memenuhi standard piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa.
  2. Terdapat bukti makanan atau minuman yang dijual menjadi penyebab kepada kejadian keracunan makanan.
  3. Didapati produk yang dihasilkan oleh pengusaha terbukti melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Proses Mendapatkan Sijil Kursus Pengendalian Makanan Yang Telah Batal / Hilang / Rosak  

Peserta dinasihatkan untuk menjaga sijil kursus pengendalian makanan dengan baik di tempat yang selamat. Sijil ini akan seringkali diminta oleh pihak penguatkuasa untuk tujuan verifikasi setiap kali pemeriksaan premis dijalankan.

Untuk sijil kursus pengendalian makanan yang telah di BATAL kan oleh pihak berkuasa, peserta WAJIB hadir semula sesi kursus pengendalian makanan di mana-mana sekolah latihan yang diiktiraf bagi mendapatkan sijil yang baru.

Manakala bagi sijil kursus pengendalian makanan yang telah HILANG atau ROSAK ianya boleh diganti dengan menghubungi semula pihak sekolah latihan yang dihadiri sebelum ini untuk mendapatkan gantian sijil yang baru. Prosedur permohonan gantian sijil adalah berbeza untuk setiap sekolah latihan yang dipilih.

Kos gantian sijil juga bergantung kepada pihak sekolah latihan masing-masing. Sila dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi sekolah latihan terbabit.

Walaubagaimanapun kami amat menggalakkan peserta untuk menghadiri semula kursus pengendalian makanan ini untuk refresh semula ilmu demi kebaikan perniagaan peserta.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pensijilan Kursus Pengendalian Makanan boleh diajukan kepada alamat berikut:

SLPM Bersih Berseri

13A Jalan 11, Taman Putra

68000 Ampang, Selangor
No. Tel : 03-42933166

No. Tel Bimbit : 019-3811891 / 012-6675833
Email : bersih.berseri@gmail.com

 
Next Post
A scene from a market in Africa during the COVID-19 pandemic.
Kursus Pengendali Makanan

COVID-19: Challenges of Food Handlers for Food Handling Course in Malaysia

Comments

    • NUR WAHEEDA BINTI MOHAMMAD KHAMAROL AMRI
    • 23/09/2021
    Reply

    Sangat bgus

    1. Reply

      Terima kasih kerana memilih kami untuk berkursus. Selamat Maju Jaya

    2. Reply

      Terima kasih. Moga bermanfaat

    • Norhuda adawiah kamarudin
    • 17/09/2022
    Reply

    Sijil hilang,nk dptkan sijil yg bru mcmana?saya dh lupa sekolah mna yg kendali kursus dulu.

    1. Reply

      Hi. Kalau tak dapat hubungi sekolah latihan terdahulu, Cik boleh kursus semula untuk dapatkan sijil pengendali makanan yang baru.

    • zainoorbedah binti zulkaffle
    • 12/10/2022
    Reply

    macam mana nak dapatkan sijil pengendalian makanan yang hilang.tak ingat ambk kat mana

    1. Reply

      Untuk sijil pengendali makanan yang hilang, Cik perlu hubungi Sekolah latihan yang terdahulu. Jika tidak dapat hubungi, perlu daftar dan hadir semula sesi Kursus Pengendali Makanan untuk mendapatkan sijil yang baru. Hubungi kami untuk maklumat lanjut – Admin 012-6675833 / 019-3811891

    • Junaidah binti Sulaiman
    • 16/10/2023
    Reply

    Sijil hilang

    1. Reply

      Kalau sijil hilang ada 2 cara untuk dapatkannya semula

      1) Hubungi semula sekolah latihan yang dulu dan minta salinan. Mereka akan beri salinan dengan sedikit caj tambahan

      2) Kursus semula di mana-mana sekolah latihan dan akan dapat sijil yang baru. Sijil lama akan terbatal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X
whatsapp whatsapp